7 Jenis Buah Yang Perlu Ada Dalam Menu Orang Yang Sakit Kencing Manis

EDITOR.ID – Memiliki penyakit kencing manis kadang-kadang boleh membuat anda rasa stres kerena perlu lebih berhati-hati dan mengkonsumsi berbagai jenis makanan. Terutamanya makanan yang tinggi kandungan gula, serta jenis buah yang perlu dipantau dalam menu pesakit kencing manis supaya tidak ‘terlebih’ dos gula.

Penting untuk mengkonsumsi berbagai buah dalam menu sehari-hari, berikut ini merupakan 7 jenis buah yang boleh diambil kerena kurang kandungan gula di dalamnya:

1.Tembikai atau Semangka

Siapa saja yang tidak menggemari buah tembikai? Tembikai merupakan salah satu jenis buah yang sangat menyegarkan. Walaupun rasanya manis, buah ini sebenarnya mempunyai kandungan gula yang rendah. Dalam 150 gram tembikai yang dipotong biasanya hanya mengandungi 10 gram gula.

2.Strawberi

Walaupun ramai yang sering mengatakan buah strawberi masam, namun ada juga yang manis jika dipilih dengan betul! Kandungan gula dalam strawberi sebenarnya lebih rendah berbanding buah lain. 100 gram strawberi mengandungi sekitar 7 gram gula. Selain itu, strawberi juga kaya dengan vitamin C yang diperlukan untuk sistem imun yang kuat.

3.Tembikai susu atau Cantaloupe

Tembikai susu mempunyai banyak jenis dan salah satunya adalah Cantaloupe. Buah ini mengandungi tahap vitamin A yang tinggi. Buah ini juga rendah kandungan gula kerana setiap 170 gram cantaloupe biasanya mengandungi kurang daripada 13 gram gula sahaja.

4.Apel

Benarlah seperti yang dikatakan oleh doktor, sebiji apel sehari boleh membantu anda mengelakkan penyakit. Memetik Everyday Health, apel bersaiz sederhana adalah pilihan buah yang sangat baik untuk pesakit kencing manis. Sebiji apel hanya mengandung kira-kira 95 kalori dan 25 gram karbohidrat. Selain itu, apel juga kaya dengan serat dan vitamin C, dan sesuai dimakan oleh siapa saja.

5.Avokado atau Apukat

Enaknya bila dijadikan jus bukan? Apukat adalah salah satu buah kegemaran banyak orang. Buah ini juga mempunyai rasa yang tidak terlalu manis dan berlemak. Sebenarnya buah ini rendah kandungan gula kerana sebiji apukat mentah hanya mengandung kira-kira 1 gram gula. Selain itu, apukat juga kaya dengan lemak sehat yang penting untuk kesehatan.

6.Orange atau Jeruk

Mempunyai rasa yang masam, sudah semestinya buah orange ini sesuai diambil oleh pasien kencing manis. Buah orange sangat popular dan kaya dengan vitamin C. Selain itu, buah orange juga rendah karbohidrat dan kalori. Sebiji oren bersaiz sederhana mengandung kira-kira 16 gram karbohidrat dan 65 kalori. Selain itu, buah sitrus juga mengandung potassium yang boleh membantu mengawal tekanan darah.

Leave a Reply